Saturday 30 July 2011

ANTARA KELUASAN DAN KESEMPITAN REZEKI

Dalam kehidupan sehari-hari sering kita saksikan, ada orang pada mulanya miskin, akan tetapi kerana ia berikhtiar dengan rajin, bekerja dan berusaha, akhirnya ia berubah menjadi kaya. Begitu pula sebaliknya, ada orang yang pada mulanya kaya-raya, akan tetapi kekayaan yang dimilikinya itu tidak pernah ia syukuri dan menggunakannya untuk beramal dijalan Allah, ia berubah menjadi miskin. Allah yang maha berkuasa berhak untuk melapangkan rezeki seseorang itu juga menyempitkannya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya: "Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya." (Al-Isra' :30)

No comments:

Post a Comment